Wednesday, November 16, 2016

Pilihan lelaki untuk nampak slim dan tinggi

Assalamualaikum..
Hari ini patik nak kongsi pilihan untuk tampil slim dan tinggi untuk kaum adam! Patik tahu rata-rata pembaca blog patik ni adalah wanita, tapi apa salahnya kita sebagai wanita share tips  ini dengan suami atau pasangan kita. Secara tak langsung, kita dah jadi peruding imej kepada pasangan kita, mesti nak nampak  sama cantik dan sama kacak.
Untuk kaum adam yang mempunyai masalah untuk mendapatkan ilusi ideal, patik ada beberapa tips untuk sorokkan “otot-otot” yang berlebihan.  Bersedia membaca tips dari perunding imej ?..
1. Fabrik
Cari fabrik yang mengikut bentuk tubuh tanpa ada kesan gelembung ada menggelebeh. Fabrik yang ringan akan nampak terletak di badan.

Antara fabrik yang keras atau berat membuatkan pemakai nampak besar (Gambar : Google)

2. Corak
Anda boleh cuba untuk pakai pakaian yang bercorak jalur menegak ataupun vertical. Ini akan memberikan ilusi garisan lurus kepada anda dan boleh membuatkan anda nampak lebih slim dan tinggi! Pastikan corak jalur itu bersaiz kecil atau sederhana kerana corak corak yang bersaiz besar menjadikan kita lebih besar. Awas dengan corak horizontal atau berkotak.

Baju bercorak vertical (gambar Google)
3. Warna.
Selain itu boleh juga cuba untuk pakai pakaian yang berwarna gelap nampak menawan’. Tak semestinya hitam sahaja yang boleh memainkan peranan untuk memberi ilusi slim!  memberi gambaran lebih tinggi.  Namun lelaki tidak dapat elak daripada memakai warna terang seperti putih
4. Cut  / fit
Untuk potongan baju pula, elakkan memakai pakaian “one size bigger than our actual size”. Contohnya kalau bersaiz L elakkan pilih baju yang bersaiz XL!

Cuba lihat gambar di atas. Dengan pemilihan potongan atau size baju yang kurang tepat, anda telah menambah ilusi berat sebanyak 5 kg.   Maka elakkan potongan regular cut, tetapi kepada mereka yang berbadan gempal, mungkin perlukan alteration terhadap baju tersebut lebih-lebih lagi dibahagian badan dan saiz lengan.  Mudah kan untuk tampil lebih slim.
Apa?.. malas nak adjust?.. Adakah anda jenis “Alasan” atau “Tindakan”.. Terpulang 🙂
Jadi itulah empat panduan mudah.  Banyak lagi tips di dalam kelas patik.  Untuk posting akan datang patik akan bercerita tentang pemilihan seluar pula.

Gaya, mutu & keunggulan
Sekian dari patik.  Boleh follow ig kl_mu

Cara pos free shhope

Cara Pos Barang Melalui Shopee (FREE SHIPPING PROGRAM) UPDATED 29/9/2018: Berikutan lambakan dan kebanjiran  inbox/e-mail/whatsapp ...