Cara Pos Barang Melalui Shopee (FREE SHIPPING PROGRAM)
Berikutan lambakan dan kebanjiran inbox/e-mail/whatsapp kepada saya yang bertanyakan tentang Shopee, maka saya kini membuka tawaran kepada sesiapa yang memerlukan memerlukan
Seperti yang dijanjikan, entri Shopee diteruskan hari ini.
So, sebelum nak jawab "nak buat apa bila order dah masuk selepas kita iklan dan menjual di Shopee?", izinkan saya berkongsi dahulu perihal Free Shipping Program oleh Shopee ya.
FREE SHIPPING PROGRAM ni adalah satu kolaborasi antara Shopee dan Pos Laju untuk mengajak lebih ramai orang membeli secara online. Program ni bermaksud, sebagai buyer mahupun seller, kedua-dua pihak tidak perlu membayar kos postage apabila berjual-beli di Shopee. Program ni juga dipanggil Pengeposan Poslaju Berkontrak.
Walau bagaimanapun, terdapat terma dan syarat untuk program ini iaitu:
1. Free shipping terhad kepada pembelian RM30 ke atas
2. Berat parcel terhad kepada 5kg ke bawah untuk Semenanjung dan 1kg ke bawah untuk Sabah Sarawak.
3. Free shipping dibenarkan sehingga 5x pembelian sahaja sebulan untuk satu akaun buyer. Seller takde masalah boleh berapa ramai buyer pun, tetap dapat free postage.
Tetapi dalam kebanyakan keadaan, walaupun terma no 1 tak dapat dipenuhi, contohnya harga Planner 2018 yang saya jual RM20, bila buyer nak beli 1pc je, fee postage tetap akan dikenakan sebab di bawah RM30. Tetapi fee tersebut tidaklah mahal, malah jauh lebih murah daripada pos biasa iaitu sekitar RM1-RM5 sahaja.
Nilai fee ini bergantung kepada berapa yang Shopee tetapkan dan bukan di bawah kuasa seller. Sebab tu, kalau buyer tanya berapa postage untuk 1pc, sellerpun taktahu. Buyer yang kena klik sendiri Shipping Option untuk tahu berapa postage yang Shopee kenakan mengikut alamat buyer.
1. Klik 'Seller Centre
2. Keluar tetingkap atas ni, klik 'My Sales' yang mengandungi maklumat order yang masuk.
Perlu diingat ya, Shopee akan release payment ke dalam Wallet seller dan bukannya terus ke akaun bank. Ada dua cara untuk withdraw duit tu sama ada secara manual setiap hari dengan klik withdrawal atau buat auto-withdrawal - yang bermaksud duit dari Wallet Shopee akan diauto-tansfer ke akaun bank kita setiap hari Rabu pada setiap minggu.
Perlu diingat ya, Shopee akan release payment ke dalam Wallet seller dan bukannya terus ke akaun bank. Ada dua cara untuk withdraw duit tu sama ada secara manual setiap hari dengan klik withdrawal atau buat auto-withdrawal - yang bermaksud duit dari Wallet Shopee akan diauto-tansfer ke akaun bank kita setiap hari Rabu pada setiap minggu.
Ok, setakat tu jelah dulu. Boleh faham? Ada soalan? ;p